Assalamualaikum..
As a muslim..wajib ke atas kita untuk menjalankan amar makruf nahi munkar
Pernah terfikir tak nak improve kan solat..tambahkn khusyuk dalam solat
Wajib kita untuk khusyuk dalam solat..
Tapi mcm mana nak khusyuk kalau tak tahu makna dalam solat kan ?
Pernah terfikir - 'layak ke aku nak kisah pasal khusyuk dalam solat?'
- 'Perlu ke aku khusyuk dalam solat ?'
Jawapannya - Firman Allah ada mengatakan kita perlu khusyuk dalam solat.jadi
kalau dalam Alquran ada cakap mcm tu.. maksudnya WAJIB untuk
kita khusyuk dalam solat.I repeat.. WAJIB.
Barangsiapa tidak
dicegah oleh sembahyangnya dari melakukan perbuatan keji dan munkar, maka
dia tidak bertambah dekat dengan Allah s.w.t, bahkan bertambah jauh.
Jom!! improve solat kita sama2 :)
Sembahyang yang diterima oleh Allah
s.w.t adalah sembahyang yang mendekatkan orang yang melakukannya kepada
Allah s.w.t dan tandanya adalah orang itu dilindungi dari terjerumus melakukan
perbuatan keji dan munkar.
Andaikata mata hati dapat melihat nescaya akan
kelihatan sembahyang dan amal kebaikan yang lain, mengeluarkan nur-nur
yang menjadi tentera melindungi orang yang berbuat sembahyang dan kebaikan
itu daripada percubaan tentera musuh menjatuhkannya ke dalam lembah kekejian
dan kemunkaran.
Orang tersebut kadang-kadang terlintas juga dihatinya untuk
melakukan maksiat, tetapi nur-nur yang menjadi tentera amal kebaikan bertindak
menghindarkannya daripada melakukan maksiat yang ingin dilakukannya itu,
hinggakan dia sendiri hairan bagaimana dia boleh terselamat padahal dia
sudah berada di hadapan pintu maksiat.
Tentera nur tersebut bukan setakat
mengawal kejahatan daripada menghampiri tuannya bahkan ia juga sering menarik
tuannya kepada kebaikan hinggakan orang itu selalu berpeluang berbuat kebaikan
tanpa dirancang dan dia selalu berasa hairan bagaimana bila ada sahaja
kerja kebaikan maka tiba-tiba dia ikut serta melakukannya sedangkan tiada
sesiapa menjemputnya untuk melakukan pekerjaan itu.
Inilah yang dinamakan
buah daripada amal kebaikan. Jika dia ikhlas menjaga amal kebaikannya,
maka tentera nur yang lahir dari amal itu akan ikhlas pula melindunginya,
bukan sahaja ketika di atas muka bumi ini, malah tentera nur itu akan menemaninya
di dalam kubur, memberi cahaya dan menghilangkan kesunyiannya.
Orang yang tidak mendapat buah dari
amalnya sering ditarik ke arah yang berlawanan. Dia mudah terjerumus ke
dalam lembah maksiat walaupun dia sudah berusaha berungguh-sungguh untuk
menjauhkannya. Dia berasa berat untuk beribadat walaupun dia sudah mencuba
untuk khusyuk. Walaupun banyak amal kebaikan yang dilakukannya tetapi jika
amal itu tidak ikhlas, iaitu tidak ada nyawanya maka dia tidak dapat menghidupkan
tentera nur dari amal tersebut, yang boleh menjaganya daripada kebinasaan.
Semoga solat dan amalan kita diterima Allah :)
0 comments:
Post a Comment